Larangan Meletakkan Sangkar Haiwan di Kawasan Bersama Pangsapuri Ukay Indah
Bagi memastikan persekitaran Pangsapuri Ukay Indah kekal bersih, selamat, dan harmoni, pihak pengurusan telah menetapkan peraturan baharu seperti berikut:
Larangan Meletak Sangkar: Penduduk dilarang meletakkan sangkar haiwan, sisa makanan, najis, atau peralatan berkaitan haiwan peliharaan di dalam unit mahupun di kawasan bersama/koridor.
Operasi Pembersihan Tanpa Notis: Pihak pengurusan akan melaksanakan operasi pembersihan berkala di kawasan koridor secara mengejut tanpa sebarang notis awal.
Tiada Tindakan Susulan: Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sangkar yang dibuang dan penduduk diingatkan untuk tidak membuat sebarang laporan rasmi sekiranya tindakan pembersihan telah diambil ke atas sangkar yang diletakkan di kawasan larangan.
Tindakan Penguatkuasaan: Pihak pengurusan berhak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana penduduk yang didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan ini.
Kerjasama daripada semua penduduk amat dihargai demi keselesaan bersama.